Container Icon

Jawapan - Pantun


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Latihan - Pantun


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jawapan Latihan- Unsur Alam


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Latihan- Unsur Alam


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

CONTOH JENIS PUISI MELAYU YANG UNIK

Talibun

Definisi umum bagi talibun menurut Kamus Dewan (2005) ialah sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris, enam baris, atau dua puluh baris yang bersajak di hujungnya. Talibun disebut juga dengan nama seromba dan mempunyai bentuk yang hampir sama dengan prosa lirik atau prosa berirama. Walau bagaimanapun, talibun berbeza dengan prosa lirik dan prosa berirama kerana talibun merupakan sebahagian sahaja daripada cerita yang diambil prosa lirik.
Talibun mengungkap persoalan yang berbagai bergantung kepada konteks cerita induknya. Lazim isi talibun berkisar kepada pelbagai perkara dan objek; seperti sejata, pakaian, kenderaan, negeri, perlakuan manusia, fenomena alam, perasaan dan tradisi yang terdapat dalam sesebuah cerita lipur lara.

Menyahut panggilan apabila dipanggil ke istana
Pukul tabuh larangan
Palu gong pelaung
Titir canang pemanggil
Yang capik datang bertongkat
Yang buta beraba-raba
Yang tuli leka bertanya
Yang kecil terambin lintang
Yang jarak tolak-tolakan
Yang pendek bertinjau-tinjau
Yang kurap mengekor angin
Yang pekak pembakar meriam
Yang buta pemghembus lesung
Yang lumpuh penghalau ayam
Yang pekung penjemuran
Yang kurap pemikul buluh

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JENIS-JENIS PUISI MELAYU


Puisi Melayu termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk bukan cerita (non-naratif). Pengkelasan puisi Melayu boleh dibuat berdasarkan bentuk, isi/tema, dan fungsi. Berdasarkan kepada pengkelasan ini, jenis-jenis puisi Melayu tradisional terbahagi kepada dua belas iaitupantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teka-teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun (sesomba), prosa berirama (prosa lirik) dan dikir (zikir)




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DEFINISI PUISI

Definisi lama mengenai puisi menyatakan ianya ialah karangan berangkap. Karangan ini terikat kepada bentuknya yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap, rima dan irama dan jumlah suku kata. Menurut sasterawan negara, Za'ba, puisi ialah karangan berangkap yang dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukis kemanisan dan kecantikan bahasa.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ASAL USUL DAN KEPENTINGAN PANTUN MELAYU

ASAL USUL PANTUN MELAYU
Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.

KEPENTINGAN PANTUN MELAYU
Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi. Antaranya ialah untuk memdidik, meluahkan rasa kasih sayang dan rindu, menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih, adat istiadat, sindiran dan tempelak, menguji minda dan sebagai hiburan.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gurindam Sekasih


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS