CONTOH JENIS PUISI MELAYU YANG UNIK
06:46 |
Talibun
Definisi umum bagi talibun menurut Kamus Dewan (2005)
ialah sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris, enam baris, atau
dua puluh baris yang bersajak di hujungnya. Talibun disebut juga dengan nama seromba dan mempunyai bentuk yang
hampir sama dengan prosa lirik atau prosa berirama. Walau bagaimanapun,
talibun berbeza dengan prosa lirik dan prosa berirama kerana talibun merupakan
sebahagian sahaja daripada cerita yang diambil prosa lirik.
Talibun mengungkap persoalan yang
berbagai bergantung kepada konteks cerita induknya. Lazim isi talibun berkisar
kepada pelbagai perkara dan objek; seperti sejata, pakaian, kenderaan, negeri, perlakuan manusia, fenomena alam, perasaan dan tradisi yang terdapat dalam sesebuah cerita lipur lara.
Menyahut
panggilan apabila dipanggil ke istana
Pukul
tabuh larangan
Palu
gong pelaung
Titir
canang pemanggil
Yang
capik datang bertongkat
Yang
buta beraba-raba
Yang
tuli leka bertanya
Yang
kecil terambin lintang
Yang
jarak tolak-tolakan
Yang
pendek bertinjau-tinjau
Yang
kurap mengekor angin
Yang
pekak pembakar meriam
Yang
buta pemghembus lesung
Yang
lumpuh penghalau ayam
Yang
pekung penjemuran
Yang
kurap pemikul buluh
JENIS-JENIS PUISI MELAYU
06:34 |
Puisi Melayu termasuk dalam golongan karya kesusasteraan bentuk bukan
cerita (non-naratif).
Pengkelasan puisi Melayu boleh dibuat berdasarkan bentuk, isi/tema, dan fungsi.
Berdasarkan kepada pengkelasan ini, jenis-jenis puisi Melayu tradisional
terbahagi kepada dua belas iaitupantun, syair, gurindam, nazam, seloka, teka-teki, peribahasa berangkap, teromba, talibun (sesomba), prosa berirama (prosa lirik) dan dikir (zikir)
DEFINISI PUISI
06:30 |
Definisi lama mengenai puisi
menyatakan ianya ialah karangan
berangkap. Karangan ini terikat kepada bentuknya yang khusus dan tetap, sama ada pada jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris
dalam rangkap, rima dan irama dan jumlah suku kata. Menurut sasterawan negara, Za'ba, puisi ialah karangan berangkap yang dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yang indah, dan melukis kemanisan dan kecantikan bahasa.
ASAL USUL DAN KEPENTINGAN PANTUN MELAYU
06:04 |
ASAL USUL PANTUN MELAYU
Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan
Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula
dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh
merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib
yang malang dan bersuka ria.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah,
mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik,
uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti
perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.
KEPENTINGAN PANTUN MELAYU
Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis
pantun seperti pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap
pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Pantun Melayu
yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi. Antaranya ialah untuk memdidik, meluahkan rasa kasih sayang dan rindu, menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih, adat istiadat, sindiran dan tempelak, menguji minda dan sebagai hiburan.
Subscribe to:
Posts (Atom)