Container Icon

ASAL USUL DAN KEPENTINGAN PANTUN MELAYU

ASAL USUL PANTUN MELAYU
Pantun adalah salah satu bentuk puisi lisan Melayu dan cabang kesusteraan Melayu yang paling tua. Pantun dikatakan mula dicipta oleh orang Melayu untuk menyampaikan mesej perasaan hati seperti contoh merasa sedih kerana duduk berdagang di perantauan, mengenangkan untung nasib yang malang dan bersuka ria.
Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, mungkin sudah berligar-ligar dalam bentuk kias-ibarat, usik-mengusik, uji-menguji di kalangan masyarakat pra-moden, pra-tulisan, sama seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa bersirat yang lain.

KEPENTINGAN PANTUN MELAYU
Pantun Melayu terdiri daripada beberapa jenis pantun seperti pantun adat, agama, nasihat, jenaka, budi dan teka-teki. Setiap pantun yang dicipta mempunyai fungsi atau kegunaannya sendiri. Pantun Melayu yang dicipta oleh masyarakat Melayu dahulu mempunyai beberapa fungsi. Antaranya ialah untuk memdidik, meluahkan rasa kasih sayang dan rindu, menyampaikan rasa penghargaan atau terima kasih, adat istiadat, sindiran dan tempelak, menguji minda dan sebagai hiburan.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum..sedapnya lagu tu...

Post a Comment